Sunday, October 12, 2008

Nilai murni dalam kehidupan

Salam sejahtera,

Dalam beberapa masa yang lalu, perkataan tentang nilai adalah lebih menjurus kepada definisi sosial dan kesinambungan warisan hidup dan budaya , keupayaan mengamalkan sesuatu norma yang menjadi pegangan dan tunjang kepada masyarakat.Akan tetapi dalm perkembangan teknologi perkatan nilai hari ini lebih menjurus kepada perkiraan ekonomi atas dasar untung rugi atau kesamarataan pulangan anatar dua pihak yang berurusan. Nilai matawang atau kekeuatan simbol ekonomi sudah mula menonjol dan dalam keadaan tertentu konsep nilai yng sepatutnya telah terabai.

Atas sebab ini wajar di kembalikan semula kepentingan menghayati aspek konsep dan kontek nilai yang harus menjadi dokongan dan paksi kepada kehidupan iaitu kesempurnaan diri untuk menjadikan nilai asas iaitu nilai-nilai murni sebagai sesuatu yang memayungi segala aspek tingkahlaku dan peri laku perwatakan kehidupan setiap manusia. Biar apa pun punca dan sumber pengalaman budaya dan dasr-dasar perlembagaan hidup yang di pegang,, kesepakatan untuk mengamalkan nilai-nilai murni seakan telah direstui oleh semua. Tiada siapa yang mampu menafikan kepentingan nilai kejujuran sebagai satu nilai yang amat perlu disanjung dan dihayati serta dipraktikkan dalam kehidupan.

Untuk permulaan kepada perbincangan tentang pengertian dan pemahamn konsep nilai wajar kita ulas dahulu tentang beberapa definisi dan pandangan yang menyentuh aspek nilai dalam kehidupan. Beberapa pandangan ringkas dan kupasan dari intelektual islam dan barat tentang aspek nilai juga menjelaskan bahawa keupayaan seseorang memegang nilai-nilai murni tersebut akan memberi kesan positif kepada kehidupan mereka, walaupun adakalanya ianya bertentangan dan tidak berbentuk holistik dalam masyarakat di seluruh dunia. Nilai yang berbentuk setempat dan mengikut kepada acuan bangsa atau budaya juga adakalanya mampu menjadikan masyarakat tersebut harmoni dan terurus tatacara kehidupannya meskipun terdapat kutukan tau cercaan terhadap amalan mereka.

Dalam aspek kehidupan, keutuhan nilai murni untuk melitupi segala spek perlakuan setiap anggota masyarakat akan memberi satu kesan dan impak yang positif kepada seluruh masyarakatnya. Kehidupan yang bersandarkan kepada nilai saling percaya, bantu membantu
, toleransi , semangat setiakawan dan toleransi sebagai contohnya mampu menjadiakn masyarakat tersebut amat harmoni dan membentuk hubungan sosial yang lebih akrab dan sejagat sifatnya. Mer4eka mapu menjalani kehidupan dengan penuh semangat kesedarantentang hak diri sendiri serta orang lain, serta mampu mengorbankan kepentingan diri demi kesejahteraan bersama. Apakah nilai ini masih lagi utuh untuk generasi kita hari ini?

No comments: